Skop Kerja / Tugasan / Tanggungjawab
Memantau dan mengurus rakan pasukan dengan memastikan perkembangan pembangunan diri dan rakan pasukan dicapai di samping mencapai objektif operasi.
Bertanggungjawab untuk mengekalkan kadar minimum kos kesuluruhan dengan baik dan mengawal kerosakan produk mengikut panduan oleh Jabatan Kewangan.
Melaksanakan dasar dan prosedur operasi kedai, termasuk pengendalian wang tunai, keselamatan kedai, dan keselamatan sesama rakan pasukan.
Menetapkan matlamat bagi pasukan, mengembangkan keupayaan organisasi, dan memodelkan kerja berpasukan.
Melaksanakan ROR (Return on Revenue) mengenai keselamatan makanan, SOP dan kualiti produk, dan risiko kesihatan dalam memastikan pematuhan kepada standard yang diperlukan.
Keperluan
Sentiasa fokus dengan memberikan layanan yang terbaik kepada pelanggan dan memenuhi kehendak pelanggan.
Mendengar dan berkomunikasi dengan baik sesama ahli pasukan dan juga merentasi semua fungsi dan peringkat.
Mempamerkan kepemimpinan dalam pengurusan pasukan.
Memiliki diploma dalam Pengurusan Hotel atau yang setaraf dengan pengalaman 2 tahun dalam pengurusan operasi di industri F&B atau perkhidmatan makanan.
Mempunyai kebolehan komunikasi yang baik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.